Blog

22/08/2023
 

Pemasaran Point of Sale

22/08/2023

Cara-cara bajet rendah terbaik untuk POS anda

Pemasaran Point of sale (POS) merujuk kepada semua usaha untuk meningkatkan jualan secara terus di mana penjualan berlaku. Bagaimana jika membeli-belah dan mengunjungi perniagaan anda menjadi satu pengalaman untuk pelanggan-pelanggan anda? Bagaimana jika pelanggan-pelanggan anda meninggalkan kedai anda dengan perasaan yang lebih baik dan membeli lebih daripada senarai pembelian mereka? Tepat! Inilah sasaran sebarang perniagaan dan inilah pemasaran POS yang sebenarnya – merekabentuk satu strategi tentang bagaimana untuk memandu jualan dan melibatkan pelanggan di dalam kedai anda. Pemasaran POS yang berkesan tidak perlu mahal : kami kongsikan dengan anda idea-idea terbaik untuk mencapai hasil yang maksima dengan usaha minima dan bagaimana untuk memberikan inspirasi kepada para pelanggan anda dengan cara yang mudah.

Persembahan produk : Pandangan pertama memberi kesan

Persembahan produk yang berkesan akan sentiasa diingati dan meninggalkan kesan yang positif kepada pelanggan anda. Persembahan produk yang jelas juga memberikan satu perasaan yang terarah dan memberikan perasaan selamat kepada para pelanggan anda. Imformasi mengenai produk yang berkaitan harus segera menarik perhatian dan mudah dilihat dengan jelas. Penempatan barang yang disasarkan dan disusun secara logik meningkatkan kesediaan pelanggan anda untuk membeli, oleh itu berfungsi sebagai teknik promosi penjualan yang ideal.

Tip: Berikan produk dan tawaran bermusim. Pastikan ada kepelbagaian! Tanyakan kepada pembekal produk anda jika mereka dapat memberi anda bahan iklan. Dengan cara ini, anda mungkin dapat memperoleh bahan iklan yang menarik untuk tempat jualan anda dengan harga yang berpatutan atau bahkan percuma. Kami juga menyokong myWorld Partners kami dengan poster POS bermusim kami, yang kami sediakan untuk dimuat turun di Partner Suite kami.



Suasana: Perasaan yang tepat adalah penting

Syarat asas untuk pemasaran POS yang berjaya adalah pelanggan anda merasa selesa di kedai anda sejak awal. Semakin positif lawatan ke kedai anda, semakin baik prospek untuk penjualan tambahan dan pelanggan yang datang kembali. Letakkan diri anda sebagai pelanggan anda dan tangani semua pancaindera secara positif. Tumpukan lebih perhatian kepada:

  • Bahagian depan kedai yang terjaga dengan baik dengan pintu masuk yang menarik serta paparan atau hiasan tingkap terkini
  • Warna yang diselaraskan dan menyenangkan
  • Kawasan kedai yang tersusun dengan baik
  • Penempatan perabot yang menarik dengan rak, kaunter yang menarik, dll.
  • Gabungan kawasan yang lebih tenang, zon perundingan dan kawasan pembayaran
  • Hiasan bermusim dan moden menggunakan tumbuh-tumbuhan, gambar dan poster
  • Pencahayaan tidak langsung dan menyenangkan
  • Muzik yang disasarkan sesuai dengan anda dan pelanggan
  • Bauan yang menyenangkan – uruskan wangian

Jadikan lawatan pelanggan anda sebaik mungkin dan pastikan mereka gembira menikmati masa dengan anda. Melihat produk dan kedai anda patut menjadi satu keseronokan!

Orientasi: Tunjukkan jalan kepada pelanggan anda

Pelanggan anda hanya dapat membalas tawaran anda sekiranya mereka dapat mencari jalan di tempat penjualan anda. Bimbing pelanggan anda melalui kedai anda dengan cara yang terbaik dan gunakan, jika perlu, sedikit bantuan. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Papan tanda dengan kedudukan yang baik
  • Label yang jelas dan menonjol
  • Paparan maklumat bernas dan papan tanda pintu
  • Pelekat lantai dan arahan

Pengalaman membeli-belah: Lain dari yang lain!

Pelanggan suka mengunjungi kedai-kedai di mana mereka dapat mengalami sesuatu. Anda dapat meningkatkan pengalaman berbelanja bukan hanya melalui tindakan klasik, seperti memberikan suasana yang menyenangkan dan persembahan produk yang berjaya, tetapi juga dengan memberi nasihat peribadi dan menawarkan perkhidmatan tambahan di tempat penjualan. Anda boleh membuat perbezaan besar dengan sedikit usaha dari segi masa dan kewangan. Fikir di luar kotak dan pertimbangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menjadikan membeli -belah itu satu pengalaman ! Di bawah ini kami ingin memberi inspirasi kepada anda dengan beberapa idea untuk membantu anda mencari langkah yang tepat untuk anda:

  • Demonstrasi LIVE dan tunjuk cara
  • Aktiviti dan permainan langsung dengan kemenangan
  • Berkongsi pengetahuan melalui bengkel atau tutorial DIY dan tips
  • Sampel produk dan rasa

Nilai tambah: Manfaat pelanggan sebagai keutamaan

Pertimbangkan langkah-langkah yang memberikan faedah kepada pelanggan anda. Salah satu cara untuk melakukan ini, misalnya, adalah menetapkan insentif harga. Langkah-langkah yang mungkin untuk menawarkan kelebihan harga kepada pelanggan adalah:

  • Program kesetiaan pelanggan - seperti Benefit Program antarabangsa dari myWorld
  • Potongan harga dan tawaran yang ditetapkan
  • Jualan
  • Tawaran pelbagai pek seperti tawaran klasik "beli satu percuma satu"
  • Voucher

Cara lain untuk meyakinkan pelanggan anda untuk melakukan pembelian adalah dengan menawarkan perkhidmatan atau barang tambahan. Contohnya, adakah produk tambahan yang sesuai, seperti alat tambahan atau aksesori? Tip: Jadilah seorang Partner myWorld dan sebahagian daripada Benefit Program antarabangsa, di mana 15 juta Shoppers menerima Cashback dan Shopping Points atas pembelian mereka daripada perniagaan yang mengambil bahagian. Ketahui segala-galanya mengenai Faedah myWorld Benefit Program di sini (Pautan: https://partner.myworld.com/).



Inspirasi: Jadi kreatif!

Pemasaran POS adalah peluang anda untuk membuat penjualan tambahan dan meningkatkan perolehan. Kreativiti di tempat jualan selalu berbaloi. Malah tempat penjualan terkecil memberikan ruang yang cukup untuk idea kreatif anda. Langkah berkesan dan kreatif tidak semestinya mahal. Kami telah mengumpulkan beberapa inspirasi dan idea untuk anda dalam album Pinterest kami. Klik di sini (Pautan: https://www.pinterest.at/myworldpartner/myworld-partner-i-pos-ideas/) dan dapatkan inspirasi daripada idea yang murah dan sederhana!

Tip: Kadang-kadang tindakan yang kecil memberikan impak yang besar! Cuba pastikan tempat penjualan anda kemas, dan letakkan tidak lebih dari tiga objek berbeza di kaunter. Dengan cara ini, pelanggan anda mempunyai cukup ruang untuk menyimpan pembelian mereka dan membolehkan usaha kreatif anda di sekitar tempat penjualan lebih menonjol.

Jadikan membeli-belah satu pengalaman untuk pelanggan anda dan kejutkan mereka dengan sesuatu yang bermakna. Kami mendoakan yang terbaik untuk anda melaksanakan langkah-langkah POS sendiri di kedai anda.

Sumber-sumber:

https://blog.hubspot.de/marketing/pos-marketing
https://www.beckhoefer-huhn.de/marketing-f%C3%BCr-den-point-of-sale.html
https://ready2order.com/at/post/pos-marketing-fuer-kmus/